Monday, June 27, 2011

Ujian dan DugaanNya

Assalamualaikum wbt.

ramai yang bertanya khabar mengenai keadaan dan kondisi keadaan saya. Alhamdulillah, saya rasa berasakan bahawa tiada apa-apa yang berubah (masih sama seperti dahulu)

namun, bila difikir-fikirkan pada awal tahun ini, pada mula nya saya hanya menjangkakan terdapat bengkak sahaja dan apabila semakin ditangguhkan untuk membuat CT brain lama kelamaan menjadi semakin teruk apabila penglihatan semakin kabur dan pendengaran yang lama kelamaan semakin kurang. melihat keadaan ini, saya hanya menjangkakan Intra Cranial Pressure yang meningkat di dalam kepala.

lama kelamaan kebas (peripheral numbness) bermula disebelah kanan. melihat keadaan ini, ramai yang meminta saya untuk melakukan CT brain secepat mungkin. Dengan bayaran RM 300, CT brain dilakukan di Hospital Columbia Asia Taiping. Pada mulanya agak risau, namun Alhamdulillah, Doktor Khoiri hanya mengatakan terdapat resdung (sinusitis) di sebelah kanan. dan laporan CT brain menunjukkan otak saya masih normal walaupun otak disebelah kanan saya lebih besar berbanding kiri.

namun, ibu saya masih ragu-ragu lalu mebawa saya ke Hospital Kuala Lumpur dan saya disahkan terdapat radang dalam kepala.mula-mula agak ragu-ragu.Namun hati ini hanya redha dengan takdir. Bermula dari saat itu, saya agak berhati-hati dengan setiap tindakan yang diambil.

kepulangan saya ke sekolah hanya memburukkan lagi keadaan kesihatan saya apabila saya mula muntah-muntah dan batuk yang amat teruk. Akhirnya, sekolah membenarkan saya untuk bercuti bagi memastikan saya benar-benar sihat. Sepanjang cuti ini, saya merasakan keadaan saya semakin kritikal apabila penglihatan saya yang semakin kabur dan kebas yang hanya dijari ini mula merebak sehingga ke belakang leher. sakit nya hanya Allah sahaja yang tahu.

Melihat keadaan ini, saya terpaksa ke Hospital Kuala Lipis untuk medapatkan rawatan. Ujian darah dilakukan dan kandungan Urik asid dalam badan saya terlampau tinggi iaitu 500 lebih.mengalahkan orang yang tua. Doktor mengatakan saya terdapat gaut. namun masih lagi tiada tanda-tanda gaut dalam badan saya.

berbekalkan kudrat yang masih ada, kaki cuba digagahi untuk ke Hospital Temerloh. Ibu saya disahkan menghidap kanser esofagus. Dalam rawatan di sana, saya sempat bertanya kepada doktor mengenai keadaan saya. Doktor memberi satu indikator untuk melihat penyakit saya ini iaitu kandungan asid dalam darah. Doktor mengatakan bahawa kanser lebih mudah untuk menyerang sekiranya asid terlampau tinggi( pada waktu ini, doktor di Hospital temerloh tidak tahu yang saya sudah mengambil ujian darah dan keputusan ya adalah teruk). Setelah itu, saya memberitahu keadaan saya kepada doktor tersebut. Doktor mengatakan berkemungkinan kanser kerana kanser mampu diwarisi namun bukan 100 peratus akan diserang penyakit ini.

Sewaktu itu lidah say terkunci daripada berkata apa-apa kerana sudah mula memikirkan keadaan saya yang semakin parah ini.Mujurlah masih terdapat beberapa insan yang mula memujuk saya agar bersabar dengan ujian yang diberi. sensungguhnya Allah akan sentiasa bersama orang yang bersabar

Ya Allah...bantu lah hamba mu ini

No comments:

Post a Comment