Monday, June 27, 2011

The day when journey will start



Assalamualaikum wbt

Semoga sejahtera kepada hamba-hamba Allah yang bertaqwa. Selawat dan salam ke atas nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

Atas beberapa cadangan, kemungkinan blog yang digunakan ini sedikit sebanyak akan di isi dengan sebahagian daripada hidup saya. Oleh kerana sekarang ini saya terdapat beberapa sebab yang saya akan berkongi mengenai hidup saya ini.

Saya amat bersyukur kerana masih terdapat lagi insan yang masih mengambil berat mengenai keadaan diri saya. dan sehubungan dengan itu, blog ini adalah salah satu cara untuk saya menghadiahkan kepada mereka.

10 Jun 2011, adalah hari bermulanya sebuah kembara hidup. Kembara yang masih jauh lagi perjalanan untuk memahami qada' dan qadar yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T



Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada
ugama Allah). -al baqarah 214-

Pernah dengar slogan ini?

Allah ghoyatuna (Allah tujuan kami)

Ar-Rasul qudwatuna (Rasul teladan kami)

Al-Quran dusturna (Al-Quran panduan kami)

Al-Jihad sabiiluna (Jihad jalan kami)

Al-Mautu fi sabilillah asma amanina (syahid cita tertinggi kami)

insyaAllah sloga inilah yang tersemai dalam diri

adli hakim

No comments:

Post a Comment